-
KITA.’Recycle’ TM adalah satu Program terbaru NBOS KPM bersama NBOS-PILS, UCTC UKM KPT dengan pendekatan KERJA LAPANGAN, KHIDMAT, PENGAJARAN, & PEMBELAJARAN
-
Program ini menggunakan kepakaran ahli NBOS-PILS UCTC UKM KPT yang terdiri daripada 72 pensyarah pakar dan pensyarah muda 12 buah universiti awam dan 3 buah politeknik seluruh negara; bersama tenaga pelajar universiti menggunakan masa cuti semester bertapak di sekolah-sekolah terpilih untuk membaiki perabot sekolah yang rosak, membaikpulih keadaan fizikal sekolah yang rosak, tetapi TIDAK melibatkan struktur bangunan.
-
Program Aktiviti Khidmat, Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Kerja Lapangan Cuti Semester Universiti juga dikenali sebagai Program KITA.'ReCYCLE'TM , telah berjaya menjalankan program rintis di 8 buah sekolah di 5 zon seluruh negara, iaitu di Zon Sabah, Zon Sarawak, Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan semasa cuti Semester 1 2015/2016.
-
Program KITA.'ReCYCLE'TM adalah satu usaha pasukan NBOS-PILS memberi peluang kepada pelajar-pelajar universiti mempraktikkan pembelajaran teori dengan bimbingan pensyarah pakar dan pensyarah muda, suatu platform terbaik untuk menimba pengalaman secara ‘hands-on-experience’