PENGENALAN NBOS-PILS
Dalam Mesyuarat Blue Ocean Strategy Program Pembangunan KPM yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri KSU II (sekarang KSU KPT) pada 9 Julai 2013 yang lalu, telah dibangkitkan isu berhubung terdapatnya sebilangan projek-projek pembangunan sekolah di seluruh Malaysia yang mengalami pelbagai masalah. PILS hasil daripada Mesyuarat Blue Ocean Strategy Program Pembangunan KPM merupakan satu program yang diselia oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memilih 4 projek sekolah yang beroperasi tanpa Sijil Menduduki Bangunan dan Sijil Siap dan Pematuhan sebagai projek rintis untuk program ini. Bagi tujuan memastikan kelancaran projek rintis ini, kumpulan 50 orang Pensyarah yang terdiri daripada pakar berkelayakan professional dan pensyarah muda dalam bidang Senibina, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal Dan Pengurusan Projek dari Universiti tempatan telah dilantik dan seterusnya dibahagikan mengikut kumpulan kecil bagi setiap sekolah yang dirintis. Projek rintis ini turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam menyalurkan maklumat sokongan dan melancarkan proses perundingan antara kumpulan pakar, JPN sendiri dan pihak pemaju.
Penubuhan NBOS-PILS ini bertujuan untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mencari solusi bagi menambah baik makmal sekolah sedia ada dan menangani masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam isu seperti Certificate of Fitnes, Certificate of Completeion dan Complience (CCC) serta isu rekabentuk dan teknikal. Pendekatan ini mengambil konsep yang sedia ada pada NBOS (Stratergi Lautan Biru Nasional) iaitu produktiviti, kreativiti dan inovasi. Pendekatan ini juga sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang bertujuan untuk mengoptimumkan pengunaan sumber agar dapat dijalankan bagi mencapai impak yang tinggi, dengan kos yang rendah dan dilaksanakan dengan pantas.
OBJEKTIF NBOS-PILS
-
HIGH IMPACT
-
HIGH SPEED
-
LOW COST